Wednesday, 28 March 2012

TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM





Ibn Khaldun
Ibnu Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminologi:  al – umran dan al – hadarah dalam abad ke – 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.




Abu Nasir Al – Farabi
Telah memperkenalkan istilah al – madaniah dalam abad ke – 11 Masihi dalam kitabnya as – Siyasah al – Madaniah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu
sebuah Negara Islam yang pertama yang diasaskan oleh Rasuulah s.a.w. Madaniah yang digambarkan oleh Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu
akidah, syarak dan akhlak.

SUMBER TAMADUN ISLAM
♥ AL-QURAN
• Mukjizat Nabi Muhammad SAW.
• sumber utama- sebagai pengantara amanah yang diberikan Allah untuk manusia.
• Kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisah-kisah tauladan, sumber rujukan ilmu dan sebagainya.
• Kebenaran Al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan Allah. Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya.
• Nama-nama Al-Quran yang membuktikan kemukjizatannya :
1) Al-Kitab
2) Al-Furqan
3) Al-Zikr
4) Al-Tanzil
5) Al-Mushaf

♥ IJMA’
• Persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan baginda.
• Menjadi sumber rujukan sesebuah tamadun selepas Al-Quran dan Al-Hadis.
• Contoh dalil :
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan
lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)

♥ QIYAS
• Menetapkan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain kerana persamaan kedua-keduanya dari segi ‘illah.
• Dalil :
“Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang
yang mempunyai pandangan.” (Al-Hasyr : 2)

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
Ibnu Khaldun berpendapat bahawa ciri tamadun ialah kehidupan bandar yang merangkumi :
- Agama yang lebih tinggi
- Sistem perundangan yang teratur
- Sistem negara yang teratur.
- Sistem tulisan yang mantap.
- Bentuk seni yang jelas.

Jurzi Zaydan pula mengatakan ciri-ciri tamadun ialah memberi perhatian kepada pemerintahan Islam termasuklah :
- sistem pentadbirannya,
- bandar-bandar Islam
- susun lapis masyarakat sosial yang teratur rapi.
- perkembangan ilmu sains dan
- pendidikan yang tinggi.
- bangunan-bangunan yang mempunyai ciri Islam dan kesenian Islam yang halus.
- Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan sarjana sebagai ramuan utama dalam melihat kelahiran Tamadun Islam. Bandar-bandar Islam ini telah mengembangkan Islam dan ada ikatan dengan kemantapan ekonomi.

INTERAKSI DALAM TAMADUN
Terbuka dan rasional
-menerima pembaharuan adalah adil dalam konteks sikap keterbukaan islam.
-Pra-syarat kepada tersebarnya tamdun pada peringkat pertama.
-Menerima idea daripada tamadaun lain tetapi melalui proses penapisan dahulu bagi memastikan tiada pertentangan dengan ajaran islam.
Contohnya;-bidang perubatan dimulakan oleh tamadun Mesopotamia dan Mesir tetapi dikembangkan oleh tamadun islam dan India.
~Tujuannya;mengelakkan pandangan sempit terhadap imej islam.
Rasional – tidak melibatkan hukum-hukum yang bersifat mutlak(guna konsep musyawarah dan perbincangan). Contohnya;solat-semua manusia mampu melakukannya karana caranya tidak
membebankan kita.

Syumul – islam adalah menyeluruh atau menyempurnakan keperluan-keperluan hidup manusia bagi memudahkan lagi urusan harian.
Contohnya;makan minum,pakaian,politik,perkahwinan,berniaga dan lain-lain

- Satu dasar yang seimbang dengan sifat semulajadi manusia. Dasar yang seimbang inilah kebolehan dan keistimewaan yang dimiliki oleh manusia perlu diiktiraf. Keinginan manusia yang universal untuk hidup dalam suasana harmoni,menyebabkan secara tidak langsung tamadun lain yang mempunyai cita-cita yang sama merasa terpanggil untuk memberi sokongan kepada sesama mereka dalam suasana tertentu.

Kesemua ciri berpaksikan kepada konsep-konsep berikut:

i)  Rabbaniyyah(ketuhanan),
ii) Insaniyyah(kemanusiaan),
iii)Dunyawiyyah(keduniaan)
iv) Syumuliyyah(keseluruhan)


Sejarah Tamadun Jepun

 
Jepun atau Nihon/Nippon (日本) dalam bahasa jepun juga dikenali sebagai Tanah Matahari Terbit. Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini berasal daripada barang-barang yang telah direka oleh orang-orang Jepun dari tanah liat jenis Jomon. Pertukangan tembikar Jomon telah dijumpai di Jepun telah menunjukkan kehalusan seni dan corak-corak yang luar biasa. Ini menunjukkan bahawa pendudukasli Jepun telah mencapai taraf seni kebudayaan yang agak tinggi menjelang tahun 5000 SM. Dalam tamadun Jepun terdapat lapan zaman seperti di bawah.

Zaman Yayoi
  • Zaman Yayoi telah dibezakan dengan pengenalan alat-alat logam dari benua asia terutamanya dari negara China.
  • Tanah-tanah telah dibuka untuk penanaman padi dan teknik-teknik pengairan telah digunakan dengan meluas yang telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam pengeluaran padi.
  • Perbezaan di dalam perkembangan sosial dan politik juga wujud di antara pihak pemerintah dan rakyat.
  • Lama-kelamaan lebih ramai pemimpin-pemimpin politik mula muncul di jepun, seperti di Yamato (kini merupakan daerah Nara) dan Kyushu.
  • Kumpulan Yamato ini telah berjaya mendapat keunggulan ke atas golongan-golongan lain yang dipanggil Uji.
Zaman Nara
  • Zaman Nara muncul pada tahun710-749 Masihi.
  • Pada zaman ini, Jepun banyak menjalin hubungan dengan Korea dan China hingga membawa kepada Jepun dipengaruhi oleh sistem pemerintahan di China iaitu pemerintahan dibawah Dinasti Tang (618-906 Masihi).
  • Dari segi pengukuhan tamadun pada zaman Nara, maharaja Jepun iaitu Putera Shotoku sangat tertarik untuk mempelajari dan meniru corak pemerintahan Dinasti Tang yang unggul dalam tamadun China.
  • Cabaran yang dihadapi pada zaman Nara ialah selepas kemangkatan Putera Shotoku pada 621 Masihi, suku Soga telah mengukuhkan dan menambah kekuasaan mereka serta menunjukan tanda-tanda yang mereka bersedia hendak merampas kuasa.
  • Pada tahun 645 Masihi berlaku rampasan kuasa yang diketuai oleh Nakatomi-no-Ktamari yang dikenali sebagai Fujiwara Katamari.
Zaman Heian
  • Zaman Heian muncul pada tahun 794-1185 Masihi apabila istana di Heian-kyo didirikan di Kyoto. Dalam tempoh itu sebuah kerajaan tentera telah ditubuhkan di bawah pimpinan Minamoto-no-Yoritomo.
  • Zaman Heian boleh dianggap sebagai satu zaman yang penuh tradisi Jepun dan amat memberi perhatian kepada hidup berperaturan, beradab dan dilafazkan dengtan indah dalam kehidupan serta kesenian.
  • Zaman Heian merupakan kebudayaan yang sangat mengambil berat tentang gaya terutama untuk mencapai kesempurnaan dalam bidang seni lukis,puisi, kesusasteraan, ukiran dan senibina.
  • Kuasa politik sebenar maharaja telah merosot dan susur galur maharaja telah masuk ke dalam keluarga Fujiwara kerana mereka telah menggunakan taktik berkahwin dengan keluarga diraja.
  • Anggota keluarga yang paling berjaya, berkuasa dan terkenal ialah Fujiwara-no-Michinaga yang memerintah selama lebih 30 tahun di bawah lapan orang maharaja.
Puisi ditulis oleh Ki no Tsurayuki,
dari Sanjurokunin Kashu

Zaman Kamakura
  • Kerajaan Kamakura ditubuhkan oleh Yoritomo pada 1192 Masihi, beliau dilantik sebagai Sei-I-Taishogun. Kamakura terletak di wilayah sagami telah menjadi ibu negara dan pusat kegiatan politik Jepun.
  • Zaman Kamakura juga merupakan kerajaan keshogunan iaitu bersifat kediktatoran tentera yang pertama dalam sejarah negara Jepun. Kerajaan seperti ini dipanggil kerajaan“Khemah” atau Bakufu dalam bahasa Jepun.
  • Dalam Zaman Kamakura menyaksikan pertumbuhan bilangan estet-estet persendirian atau dipanggil sebagai Syo atau Syoen. Dalam Zaman Kamakura ini juga telah merakamkan pertumbuhan ekonomi yang positif dalam sejarah Jepun. Ini dilihat dalam peningkatan dan pertambahan hasil sektor pertanian yang besar.
  • Beberapa ancaman dan permasalahan dalam kerajaan Kamakura antaranya ialah dua krisis utama iaitu hilangnya waris Minamoto dalam siri kepimpinan Bakufu Kamakura yang diasaskan oleh Yorimoto dan digantikan dengan pengganti-pengganti raja Hojo.
  • Kerajaan Kamakura berakhir pada tahun1333 Masihi akibat timbulnya cuba andari beberapa orang maharaja Jepun yang berusaha menggulingkan kerajaan tersebut.
  • Akhirnya maharaja Godaigo Berjaya mengambilalih namun selepas dua tahun baginda telah kehilangan kekuasaan politiknya.
Zaman Keshogunan Ashikaga
  • Pemerintah pada zaman keshogunan Ashikaga Takauji adalah seorang pemimpin tentera di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo. Kebangkitan Pemerintahan Keshogunan Ashikaga adalah di sebabkan oleh kegagalan pemerintahan Maharaja Godaigo menjaga kepentingan komander tentera di bawah pentadbirannya.
  • Selepas tahun 1368, pemerintahan kerajaan Ashikaga diwarisi oleh Yoshimitsu, struktur pemerintahan yang dibuat berdasarkan kesetiaan dan perpaduan.
  • Peranan yang dimainkan oleh Yoshimitsu dan pegawai bawahannya dikawal dengan keras tetapi adil, dan pengawasan vassal adalah terlalu subjektif untuk dikawal.
  • Pada zaman kerajaan Ashikaga, perkembangan ekonami berlaku dengan pesat melalui pengagihan kuasa yang diperkenalkan. Masyarakat yang terpisah berdasarkan kelas dapat disatukan melalui pembinaan Bakufu.
  • Melalui dasar pentadbiran yang dilakukan oleh kerajaan Ashikaga ini sebanarnya telah menyebabkan pemerintah Ashikaga yang digelar shugo mengalami kekurangan pengaruh secara berperingkat-peringkat seterusnya mengalami kejatuhan.
  • Pada tahun1565, Shogun Ashikaga iaitu Yoshiteru telah dibunuh dan beliau telah diganti oleh Ashikaga Yoshihide yang meninggal dunia tiga tahun kemudian.
  • Yoshiaki telah dilantik sebagai Shogun oleh Oda Nobunaga yang telah menjadi seorang daimyo yang paling berkuasadi Jepun.
  • Yoshiaki kemudian telah dipecat oleh Nobunaga dalam tahun 1573. Keadaan ini telah menamatkan zaman pemerintahan Keshogunan Ashikaga di Jepun.
Zaman Sengoku Jidai
  • Zaman Sengoku Jidai ini berlangsung sekitar tahun 1460-1573 Masihi. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman peperangan, dimana pertempuran dan siri peperangan antara daimo-daimo seringkali berlaku.
  • Dari segi struktur politik dan social pada zaman ini, daimo berkuasa ke atas suatu kawasan yang dikuasainya dan ini sekali gus mengantikan sistem pemerintahan Bakufu atau hubungan feudal.
  • Pada tahun 1585 Masihi, Toyotomi Hideyoshi menjadi pemangku raja dan menakluki pulau Shikoku. Setahun kemuadian, beliau menjadi ketua menteri dan pada 1587, Toyotomi Hideyoshi menakluki Kyushu.
  • Toyotomi Hideyoshi berjaya menguasai Istana Odawara iaitu milik keluarga Ujimasa di wilayah Sagami. Toyotomi berkuasa ke atas wilayah Kanto apabila berjaya mengalahkan kebangkitan di Mitsu dan Dewa.
  • Penaklukkan terhadap wilayah Kii dan Izuma merealisasikan usaha penyatuan.
  • Pada tahun 1598 Toyotomi Hideyoshi meninggal dunia.

Toyotomi Hideyoshi dan istana yang beliau pegang pada Zaman Sengoku Jidai

Zaman Keshogunan Tokugawa
  • Keshogunan Tokugawa telah diasaskan oleh Tokugawa Ieyasu (1603-03). Beliau telah menyertai Perang okehazama antara Oda Nobunaga dan Imagawa. Beliau telah mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi sekutu rapat Oda Nobunaga yang dipercayai.
  • Pada tahun 1603, beliau telah dilantik menjadi Shogun dan meletakkan jawatan dan digantikan oleh anaknya iaitu Hidetada. Beliau juga terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun.
  • Di peringkat asas, pentadbiran digerakkan oleh tiga badan terpenting pentadbiran:
    • Peringkat tertinggi digelar Tairo (majlis penasihat-penasihatagung)
    • Kedua Roju (majlis tertua)
    • Ketiga Hyojoho (majlis kehakiman)
  • Suku kaum Satsuma, Choshu, Toza, daHizen menggunakan kesempatan ini untuk mengkritik pemerintahan Shogun Tokugawa. Maharaja yang telah terasing turut juga mengkritik Shogun Tokugawa kerana segala perjanjian dan hubungan dengan orang-orang asing tidak dibincangkan terlebih dahulu degan maharaja.
  • Masalah-masalah ini telah menyebabkan keruntuhan Kesyogunan Tokugawa di negara Jepun.
Zaman Meiji
  • Permodenan Meiji pada tahun 1868 merupakan suatu peristiwa yang penting dalam sejarah Jepun.
  • Tumpuan utamanya ialah untuk mengembalikan Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan pemindahanibu negara diraja dari Kyoto ke Edo. Pada bulan Disember 1868, Eo telah ditukar kepada Tokyo.
  • Kerajaan Meiji telah memberi tumpuan khusus kepada pengwujudan sebuah angkatan Tentera Darat dan Laut yang kuat mengikut cara Barat. Ini perlu bagi menentang ancaman kuasa-kuasa Barat di Jepun.
  • Pada tahun 1871, sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan dan langkah-langkah telah diambil untuk mewujudkan sistem pelajaran yang seragam di negara tersebut.
  • Pada tahun 1872, kerajaan telah mengumumkan bahawa negara Jepun akan dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran dan pendidikan.
  • Dalam bidang undang-undang, pemimpin-pemimpin Meiji telah membuat pembaharuan.
  • Zaman pemerintahan Meiji berakhir dengan kematian Maharaja Meiji iaitu Mutsuhito pada 30 Julai 1912.
  • Ini merupakan salah satu zaman yang paling gemilang dalam sejarah Jepun. Dibawah pemerintahan Meiji, Jepun telah diubah kepada sebuah negara yang moden dan berkuasa.
  • Pada keseluruhannya, Zaman Meiji telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah Jepun, dimana telah mempopularkan Jepun ke dalam bidang politik antara bangsa sebagai sebuah negara yang moden dan berkuasa.
  • Transformasi Jepun yang begitu pesat dan cepat sebagai sebuah negara yang moden dan berkuasa memperlihatkan bahawa proses-proses perkembangannya adalah suatu yang ajaib dan menakjubkan.






Tuesday, 27 March 2012

Definisi Tamadun

DEFINISI TAMADUN MELALUI BAHASA:

♥ Bahasa Arab
1. badarah dikaitkan dengan kehidupan berpindah – randah di pedalaman yang jauh daripada kemajuan,serta lebih banyak bergantung kepada pertanian dan ternakan bagi memenuhi keperluan hidup.

2. Umran adalah terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti‘kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya
dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa.

3. Hadarat membawa erti ‘suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan yang didiami.

4. maddana dan madana yang bermaksud membangunkan kawasan (material) dan akhlak (kerohanian).

♥ Bahasa Inggeris
1. civilization yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti ‘bandar’.

♥ Bahasa Melayu
1. peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, daya atau cara hidup orang-orang ( negara, kawasan atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang halus). Kamus Dewan (Edisi Ketiga), 1994. Kuala Lumpur: DBP.
2. kebudayaan diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia

Monday, 26 March 2012

Agama dan Kebudayaan Tamadun Cina

Kepercayaan kepada penyembahan roh Nenek Moyang
Kepercayaan terhadap roh nenek moyong mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan ini pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan pada masa hadapan mereka.
Selain itu, mereka juga memohon pertolongan nenek moyang malalui ramaln menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujum yang ditulis dengan pelbagai soalan yang dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan. Sebagai contohnya, masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintahan syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh.

Agama Buddha :
Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.

Ajaran Confuciusnisme :
Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.

Ajaran Toisme :
Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.

Wednesday, 14 March 2012

the start

those who forgets the past are condemned to repeat it....

So here's a little something from us to you..
OUR BLOG - TERRIFIC TITAS =)

indulge and enjoy......

yours truly,

The Historians

Izreen Farhana Iswadi


 Tan Lee Pei


Ng Tian Yu and Ang Kar Yan



Khoo Wing Keat