Wednesday 28 March 2012

Interaksi Tamadun Islam Dengan Tamadun China Dan India

Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain.  Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain.

Pengenalan Asas kepada Interaksi
Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan, bahasa dan kebudayaan  tamadun.Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun Cina merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

Tamadun Cina
Negeri China mempunyai penduduk paling ramai di dunia.  Islam paling ramai, minoriti terbesar dgn jumlah lebih kurang  77 juta orang.  Masyarakat Islam yang berketurunan China yang dikenali sebagai Hui,  selain daripada masyarakat Islam keturunan Turki di wilayah Xing Jiang–Uighur.  Masyarakat Islam merupakan penduduk majoriti di dua buah wilayah iaitu Xing Jiang –Uighur, Ning Xia dan dua buah wilayah lain yang juga mempunyai penduduk Islam melebihi 40% iaitu wilayah Kang Su

Islam di China
Sebelum Islam, sebenarnya terdapat ramai orang-orang Arab, Parsi dan Yahudi yang telah berdagang serta tinggal di wilayah Selatan China. Apabila Saad dan Yusuf tiba, mereka telah berdakwah kepada masyarakat dari Timur Tengah ini dan mereka secara beramai-ramai menganut Islam. Orang-orang Timur Tengah ini pula melakukan dakwah Islam kepada masyarakat setempat menerusi perkahwinan, selain daripada daya tarikan keindahan Islam itu sendiri.


Islam di China – Pendidikan
Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan ramai tokoh Islam terkenal yang mengamalkan budaya China dan kesetiaan terhadap negeri China tanpa berbelah bahagi.
Ø  Prof. Muhammad  Pai Shao Yi  :
Ø  Islam di negeri China memperolehi kekuatan di peringkat akar umbi.
Ø  Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi pengajian agama  di masjid-masjid dan akhirnya pendidikan agama dilakukan di sekolah-sekolah.


Islam di China- Penulisan
ü  Terdapat juga penerbitan  media massa di kalangan masyarakat Islam di negeri China.
ü  Lebih daripada 70 Review Islam diterbitkan
ü  Paling awal ialah  Review Bulanan Islam di Yunan dalam tahun 1915.
ü Review yang paling lama bertahan ialah ‘The Crescent-Bulan Sabit’ dan ‘The Light Of The Crescent Cahaya Bulan Sabit’ (Yueh Hwa) di Bei Jing dan juga ‘Islamic Review’ di Shang Hai.
ü  Antara  penulis yang terkenal ialah Elias Wang Ching Chai dan Muhammad Yang Chong Ming.
ü  Mereka ini juga merupakan penterjemah al-Quran ke dalam bahasa Mandarin dan kamus Arab-China

Islam di China- Literatur
  • Masyarakat Islam Cina juga secara aktif melibatkan diri dalam penulisan literatur.
  • Seorang penulis bernama Lee Yen Shen dikenali sebagai gergasi literatur dalam zaman Dinasti Tang.
  • Lee Hsiun dan Lee Shun Hsuan pula merupakan penyair-penyair besar.
  • Mi Fei merupakan seorang penyair dan penulis kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan Cina . Kaligrafinya yang berbentuk bulat pada hujung tulisan masih digunakan sebagai model oleh orang-orang Cina, Korea dan juga Jepun.
Islam di China- Nama-nama keluarga Masyarakat Cina Muslim
Ø  Dalam zaman Dinasti Yuan, pendatang-pendatang Islam kebanyakannya menggunakan nama keluarga orang-orang Han yang bukan Islam seperti Chau, Chien, Sun, Lee dan sebahagiannya menggunakan nama asal mereka.
Ø  Masyarakat Cina Islam, ramai yang menggunakan nama keluarga  ‘Ma’. Tetapi nama Ma ini tidak semestinya nama Islam . Nama keluarga ini terdapat di Barat China.
Ø  Ramai di kalangan masyarakat Islam menggunakan nama yang dieja dengan huruf ‘mim’ pada pangkalnya seperti Mas’ud, Mahmud, Malik, Majid bahkan juga Muhammad. Walaupun nama keluarga orang Islam Cina banyak yang menggunakan nama Ma, namun ada juga di antara mereka yang menggunakan nama-nama  asal mereka yang diringkaskan.
Ø  Umpamanya , Kha (untuk Khalid atau Hassan), Lah (untuk Abdullah), Dah untuk Dawood, Saa (untuk Saad), Ai (untuk Isa), Man (untuk Mansor),  Bah (untuk Baharuddin) dll.
Ø  Ada juga di kalangan masyarakat Islam Cina yang mempunyai nama keluarga ‘Chu”  menukarkannya kepada ‘Heh’ (hitam) kerana ‘Chu’ bermaksud babi yang tidak disukai oleh orang Islam.
Ø  Hanya orang Islam dari An Hui yang masih mengekalkan nama keluarga Chu ; berasal dari keturunan Chu Yuan Chang, Maharaja Pertama Dinasti Ming yang beragama Islam


Interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun India
  • Tamadun India merupakan tamadun yang tua.
  • Tamadun yang telah berumur lebih daripada  lima ribu tahun ini boleh dibahagikan kepada beberapa zaman, umpamanya ;
  • Zaman Pra Sejarah,
  • Zaman Veda,
  • Zaman Dinasti Maurya,
  • Zaman Emayar Gupta,
  • Zaman Kerajaan  Islam,
  • Zaman Penjajahan Portugis dan Belanda ,
  • Zaman Pemerintahan British,
  • zaman Merdeka.
  • Zaman  pelbagai pemerintahan ini meninggalkan kesan besar serta mempengaruhi sifat luaran dan dalaman negara itu sekarang.
Asal Unsur Nama India
  • Nama negara  India dalam Zaman Klasik   adalah berasaskan kepada bahasa Sanskrit  iaitu Bharata –Varsha atau Bhrarata –Khanda  sempena  nama seorang pemerintah India ketika itu iaitu Bharata.
  • Nama lain bagi India ialah Jambu-Dvipu.
  • Orang-orang Greek menamakan kawasan ini sebagai Indu. Berdasarkan kepada nama Indu inilah maka India dikenali sebagai sebuah negara.
Contoh interaksi Islam dan Tamadun India – Seni Lukis
ü  Institut Lukisan Moghul diasaskan pada zaman ini bertujuan untuk memadukan gaya lukisan Islam dengan gaya lukisan Hindu.
ü  Setelah kematian Akbar, elemen-elemen Hindu bertambah banyak dalam lukisan Moghul.
ü  Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan aspirasi politik Akbar. Antaranya ialah:
ü  Lukisan dinding berkembang maju di ibu kota Akbar iaitu Fathpur Sikri (1570-85).
ü  Pelukis handalan Hindu yang terlibat ialah Basavan, Lal dan Dasvanth.
ü  Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama iaitu terjemahan Mahabharata dalam bahasa Parsi.




No comments:

Post a Comment